fb fb fb fb fb

Hapus amalan buruh paksa sawit- TPM Fadillah

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Kerajaan memandang serius isu buruh paksa terutama melibatkan industri kelapa sawit.

Amalan tersebut tidak seharusnya berlaku terutama di Malaysia dalam melindungi hak asasi manusia.

Untuk itu, Pelaksanakan Human Rights Due Diligence (HRDD) di sektor sawit dilihat tepat dalam menangani isu berkenaan dalam memastikan industri sawit negara menjadi rujukan kepada transformasi industri lain terutama pekerja asing dalam sektor sawit.

Timbalan Perdana Menteri II, merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kementerianya juga sentiasa menyokong usaha syarikat dalam sektor sawit untuk menghapuskan buruh paksa sama ada di peringkat operasi mahupun rantaian bekalan.

Manakala rantaian usahasama perniagaan dan kerajaan penting dalam memastikan tanggungjawab melindungi hak asasi manusia dan tanggungjawab perniagaan menyokong antara satu sama lain terlaksana.

"Dengan rakan kongsi seperti International Labour Organization (ILO) (ILO), International Organization for Migration (IOM) dan United Nations Development Program (UNDP), kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha untuk menyokong pendekatan positif insan. Ini termasuk kolaborasi dalam pembelajaran dan latihan serta pembangunan polisi positif insan bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan, termasuk pekebun kecil.

"Kerajaan sudah pun mengusahakan pelaksanaan National Action Plan on Forced Labour (NAPFL), dan Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia,"katanya.

Beliau bercakap demikian setelah selesai merasmikan forum “The People Positive Palm Project (Project P3) di Ibu Negara.

Dalam pada itu, mengenai keperluan pekerja asing dalam sektor perladangan, Fadillah berkata kementeriannya telah meluluskan permohonan namun hanya 80% kuota sahaja yang dipenuhi.


(Timbalan Perdana Menteri II, merangkap Menteri
Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof)

Media Baharu