fb fb fb fb fb

Hanya 40 peratus rakyat Malaysia dilindungi insurans

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan/FOTO RTM

PONTIAN, 4 November - Kira -kira hanya 40 peratus rakyat di negara ini mempunyai perlindungan takaful dan insurans, setakat ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan perlu melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mempunyai perlindungan takaful dan insurans.

"Mengambil contoh contoh banjir 2021, hanya lima peratus daripada kereta terlibat banjir tu, mempunyai perlindungan banjir, 95 peratus lagi tiada walaupun kebanyakannya berlaku di bandar, Shah Alam.

Tambah Ahmad, Perlindungan takaful dan insurans juga dapat menjimatkan kos kerajaan dalam menampung kerugian dialami penduduk semasa banjir.

"Oleh itu, usaha memberi penjelasan berkenaan kepentingan perlindungan insurans dan takaful perlu dibuat di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi, di kampung dan juga bandar. Ia penting supaya taraf peratusan takaful di negara ini akan meningkat, ", katanya selepas menyempurnakan Karnival Takaful Masuk Kampung di Ayer Baloi, di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD