Jumlah penduduk terjejas banjir di Tawau meningkat kepada 362 orang

Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 26 Julai – Sebanyak 362 penduduk terjejas banjir daripada 102 keluarga kini berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) susulan situasi banjir di Tawau, setakat 4 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa ditempatkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau sebagai Pusat Pemindahan Sementara.
  • Semua terjejas berasal dari empat kampung: Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kinabutan Tiku Batu 6.
  • Tiada laporan kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini diterima setakat ini.
  • Agensi penyelamat terus memantau di lapangan dengan beberapa kawasan menunjukkan penurunan paras air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu meningkat berbanding 335 penduduk terjejas banjir daripada 96 keluarga pagi tadi.

“Mereka ditempatkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau,” menurut kenyataan itu.

Semua mereka merupakan penduduk dari empat kampung terjejas iaitu Kampung Tanjung Batu Keramat, Tanjung Batu Darat, Tanjung Batu Otentik dan Kampung Kinabutan Tiku Batu 6.

Menurut kenyataan itu, tiada laporan kemalangan jiwa atau kejadian tidak diingini diterima setakat ini.

Pemantauan oleh agensi penyelamat terus dilaksanakan di lapangan bagi memantau keadaan semasa, dengan beberapa kawasan kampung terjejas menunjukkan trend penurunan paras air.

Hujan berterusan sejak Jumaat mengakibatkan Tawau dan kawasan sekitarnya dilanda banjir sebelum bencana diisytihar pada 8.30 pagi.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.