
MELAKA, 26 Julai – Jumlah penduduk terjejas banjir di Melaka berkurangan kepada 76 orang daripada 21 keluarga setakat 5 petang ini berbanding 124 orang daripada 37 keluarga setakat 8 pagi tadi.
- 14 penduduk daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS Dewan Japerun Pantai Kundor, Melaka Tengah.
- Di Jasin, 37 individu daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Serkam Darat.
- Di Jasin, 25 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di SK Bukit Tembakau.
- Penduduk terjejas terdiri daripada 55 dewasa dan 21 kanak-kanak menurut portal JKM.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarajat (JKM) melaporkan seramai 14 penduduk daripada tiga keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Melaka Tengah iaitu di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Pantai Kundor.
Sementara itu, di daerah Jasin pula, seramai 37 individu daripada 10 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat manakala 25 orang daripada lapan keluarga masih ditempatkan di SK Bukit Tembakau.
Menurut portal itu, penduduk terjejas terdiri daripada 55 dewasa dan kanak-kanak (21 orang).- BERNAMA