Kerajaan Perpaduan belum bincang pembubaran Parlimen

Foto fail BERNAMA

SEREMBAN, 26 Julai – Pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) belum dibincangkan dalam kerajaan Perpaduan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Perpaduan dianggotai 18 parti daripada lima gabungan.
  • Perubahan geopolitik akan diambil kira oleh Perdana Menteri sebelum mengadakan rundingan dengan parti-parti kerajaan.
  • Keputusan pembubaran Parlimen bergantung kepada nasihat Perdana Menteri sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.
  • Perkenan Yang di-Pertuan Agong menentukan sama ada pembubaran boleh dilakukan lebih awal atau sebaliknya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini tiada sebarang rundingan diadakan mengenai perkara itu memandangkan kerajaan Perpaduan dianggotai 18 parti daripada lima gabungan.

Menurut beliau, sekiranya berlaku perubahan geopolitik, Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Mesyuarat Parlimen Malaysia akan mengambil kira perkembangan tersebut sebelum mengadakan rundingan dengan parti-parti dalam kerajaan.

“Saya belum pernah mengadakan sebarang perbincangan mengenai perkara ini kerana kerajaan Perpaduan dianggotai 18 parti yang merangkumi sekurang-kurangnya lima gabungan. Pada hemat saya, sekiranya berlaku perubahan geopolitik, tempoh sesuatu penggal Parlimen akan diambil kira oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Mesyuarat Parlimen Malaysia sebelum mengadakan rundingan dengan kami,” katanya.

Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai pembubaran Parlimen tetap tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Walau bagaimanapun, perkara itu tertakluk kepada perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan sama ada pembubaran Parlimen boleh dilakukan lebih awal atau sebaliknya,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.