
IPOH, 16 Mei – Warga pendidik perlu membina keyakinan serta dilihat terus mengangkat maruah insan dalam membentuk sahsiah pendidikan yang baik.
- Guru perlu membina keyakinan dan mengangkat martabat insan dalam pembentukan sahsiah serta akhlak pelajar.
- Golongan pendidik mesti memperluas kefahaman pendidikan untuk menangani cabaran genting dengan komitmen.
- Terima teguran sebagai semangat untuk bangkit demi memastikan generasi akan datang lebih baik dan bernilai kemanusiaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam berhadapan cabaran yang genting, golongan ini perlu terus meningkatkan kefahaman yang lebih luas dalam bidang pendidikan.
Ia sekali gus memastikan pembentukan nilai manusia yang punyai akhlak dan nilai sahsiah yang baik.
“Kalau tidak guru siapa lagi. Jadi sebab itu kalau terbeban dengan teguran dan kritikan sebagainya tidak adil, saya menyanjung tinggi kesungguhan guru-guru kerana menerima dengan baik untuk bangkitkan dan pastikan generasi akan datang jauh lebih baik daripada yang kita hadapi.
“… Sebab itu, dia terungkai dalam soal nilai kemanusiaan. Jika kita melihat perdebatan di luar sana, ada kalanya ia melangkaui batas pertimbangan yang sepatutnya difikirkan dan direnungkan dalam dunia pendidikan,” katanya.
Beliau berucap Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke -55 di Perak. Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan ‘Guru Bitara, Nadi Negara’.