GSF 2.0: Malaysia sahkan aktivis cedera serius akibat serangan ketika tahanan

Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Datuk Abdul Alim Araby/Foto BERNAMA

SEPANG, 25 Mei – Seorang aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Razman Mat Ali, disahkan mengalami kecederaan serius iaitu traumatic pneumothorax (paru-paru bocor) selepas dipercayai diserang secara sengaja oleh tentera rejim Israel ketika dalam tahanan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby, mengesahkan perkembangan terkini mengenai aktivis tersebut.
  • Beliau kini dirawat di Istanbul selepas pembedahan; keadaannya stabil dan dijangka dibenarkan pulang dalam 21 hari.
  • Pasukan guaman CENTHRA menghantar dua wakil untuk mendapatkan rakaman dan bukti berkaitan insiden.
  • Kerajaan Turkiye memantau keadaan kesihatan, dan wakil Sumud Nusantara menemani beliau di sana.

Perkara itu disahkan Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Datuk Abdul Alim Araby

Beliau kini masih berada di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan lanjut selepas menjalani pembedahan, dan keadaannya dilaporkan stabil serta dijangka dibenarkan pulang ke tanah air dalam tempoh 21 hari.

“Semasa beliau sedang menerima rawatan selepas pembedahan, pasukan guaman CENTHRA telah menghantar dua wakil bagi mendapatkan rakaman serta bukti berkaitan insiden tersebut.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya sendiri terkejut melihat kekuatan semangat beliau. Jika disebut mengenai ‘sumud’, beliau antara individu yang benar-benar menggambarkan semangat itu.

“Beliau masih belum dibenarkan menaiki pesawat kerana dikhuatiri tekanan udara dalam kapal terbang boleh memburukkan lagi kecederaan dialaminya,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan Turkiye turut memberi jaminan untuk memantau keadaan kesihatan Razman, selain wakil Sumud Nusantara yang turut berada di sana bagi menemani beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.