GSF 2.0: Keselamatan aktivis Malaysia dipantau susulan ugutan

Ugutan dipercayai dilakukan oleh pihak yang mempunyai kaitan dengan proksi Israel

SEPANG, 21 Mei – Susulan ugutan menerusi platform media sosial terhadap seorang aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah segera diambil untuk memastikan keselamatan aktivis dan keluarganya.
  • Pihak berkuasa dimaklumkan; aktivis dilaporkan dalam keadaan stabil. Turkiye sedia membantu pemantauan risikan.
  • Pengumuman pembebasan 29 rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim Israel; mereka dijangka pulang dan tiba di KLIA.

Langkah segera telah diambil bagi memastikan keselamatan aktivis berkenaan dan keluarganya.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan, ugutan tersebut dipercayai dilakukan terhadap Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs oleh pihak yang mempunyai kaitan dengan proksi rejim Israel.

“Bagi keluarga Haroqs, kita telah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan mereka telah mengambil segala tindakan yang perlu. Kita juga dimaklumkan beliau berada dalam keadaan stabil.

“Saya turut beri jaminan pihak Turkiye akan membantu melakukan pemantauan memandangkan negara itu mempunyai keupayaan risikan serta hubungan diplomatik,” katanya dalam sidang media perkembangan GSF 2.0 di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengumumkan pembebasan 29 rakyat Malaysia yang ditahan rejim Israel di perairan antarabangsa.

Kesemua mereka dijangka berlepas pulang ke tanah air pada 23 Mei dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada keesokannya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.