
MELAKA, 21 Mei – Sebuah bas terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 195.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Ayer Keroh, petang tadi.
- 17 penumpang termasuk seorang kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri.
- Mangsa sempat keluar sebelum api marak, hampir 70 peratus kenderaan musnah.
- Panggilan kecemasan diterima pada 3.04 petang; pasukan bomba segera digerakkan.
- Operasi melibatkan 10 anggota, dua aliran salur bantu dengan sumber air daripada tangki jentera; punca masih dalam siasatan.
Menurut, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid, kesemua 17 penumpang termasuk seorang kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kira-kira pukul 3.00 petang itu.
“Semua mangsa sempat keluar dari bas sebelum api marak dan memusnahkan hampir 70 peratus kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Hafidzatullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.04 petang.
“Pasukan bomba segera digerakkan ke lokasi kejadian dan menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera,” katanya.
Beliau memaklumkan, seramai 10 anggota terlibat dalam operasi tersebut dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.