fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa Myanmar, tiada ancaman Tsunami di Malaysia

FOTO METMalaysia

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 magnitud dilaporkan melanda Myanmar pada pukul 5.20 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa dengan kedalaman 13 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 126 km di selatan Meiktila, Myanmar. Ia berpusat di koordinat 19.8° utara dan 95.9° timur.

METMalaysia turut mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.

Semalam, satu gempa bumi kuat turut melanda Myanmar, menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE