
KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 magnitud dikesan berlaku di Kepulauan Caroline Barat, Micronesia pada pukul 6.53 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 9.7 darjah Utara, 138.8 darjah Timur, kira-kira 1,129 kilometer timur Tagum City, Filipina.
- Gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
- METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan gempa bumi itu berpusat di koordinat 9.7 darjah Utara dan 138.8 darjah Timur, kira-kira 1,129 kilometer Timur dari Tagum City, Filipina.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.