Gempa bumi lemah 3.1 dikesan di Perairan Batu Pahat

Foto METMalaysia

BATU PAHAT, 25 OgosGempa bumi lemah bermagnitud 3.1 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada pukul 4:12 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lokasi pusat gempa: koordinat 1.7 darjah utara, 102.8 darjah timur.
  • Kedalaman dianggarkan 10 kilometer.
  • Pusat gempa dikesan sekitar 18 km barat daya dari Batu Pahat dan 104 km barat laut dari Tanjung Balai-Meral.
  • MetMalaysia memaklumkan kejadian tidak mengancam tsunami bagi Malaysia melalui kenyataan Facebook rasminya.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 1.7 darjah utara dan 102.8 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Pusat gempa berkenaan dikesan kira-kira 18km barat daya dari Batu Pahat dan 104km barat laut dari Tanjung Balai-Meral, Indonesia.

“Kejadian itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia,” jelas MetMalaysia dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.