fb fb fb fb fb

GALUS usaha perluas lanjut pengajian peringkat sijil, diploma

Dr Mohd Zahari Ismail

KOTA BHARU, 23 Januari- Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) memperkenalkan inisiatif Program Gagal Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (GALUS) dalam usaha memperluas akses pendidikan kepada golongan tidak mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat sijil atau diploma.

Inisiatif GALUS termasuk bawah tumpuan program Pengajian POLYCC Anjal dan Fleksibel (TVET for ALL) itu dilihat mampu mengurus isu kekurangan minat terhadap pendidikan tinggi termasuk bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi Dr Mohd Zahari Ismail berkata, pengambilan fasa pertama pelajar bawah program tersebut akan bermula pada 4 Februari depan dan dilaksanakan di tiga Kolej Komuniti di Johor sebagai projek rintis.

Tiga kolej berkenaan adalah Kolej Komuniti Pagoh dengan tawaran Program Sijil Fesyen Dan Pakaian, manakala Kolej Komuniti Pasir Gudang bagi Program Dandanan Rambut dan Program Sijil Teknologi Binaan Bangunan di Kolej Komuniti Bandar Penawar.

"Jadi kita mencapai target iaitu bilangan permohonan melebihi daripada target yang ditetapkan hampir 150 orang.

"Tujuan kita memberi pendidikan kepada semua orang layak untuk mendapat kemahiran,pengetahuan, kepakaran dan seumpanya pendidikan adalah lebih terbuka sekarang ini," katanya dalam sidang media di Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu, di sini.

Pihaknya juga sedang merangka konsep supaya dapat memperkenalkan lebih banyak laluan kepada pelajar lepasan Sijil Pengajian Malaysia (SPM) bagi menyambung pengajian di institusi pengajian itu.
 
Kebolehpasaran graduan TVET POLYCC juga berjaya dikekalkan untuk tiga tahun berturut-turut bermula 2021 hingga 2023 iaitu melebihi 95 peratus.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI