fb fb fb fb fb

Gagal pamer prestasi cemerlang, Melaka akan ambil tindakan

AYER KEROH, 14 Disember- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan mengambil tindakan kepada mereka yang gagal menunjukkan prestasi terbaik dalam menyelesaikan permasalahan rakyat.

Perkara itu termasuk pegawai yang gagal menghadiri mesyuarat dan kerap menghantar wakil.

Ini kerana beliau sering menerima aduan daripada wakil rakyat bahawa ketua jabatan dan wakil agensi sukar untuk dihubungi hingga menyebabkan banyak kerja tertangguh.

"Saya beri amaran dalam dewan yang mulia ni. Saya akan ambil tindakan kalau siapa yang tidak berminat bekerja di Melaka, sila maklumkan kepada saya.

"Saya tidak mahu terima aduan seperti ini. Kita laksanakan tugas ini demi rakyat. Apabila wakil rakyat menghantar teks, diminta untuk dijawab.

"Wakil rakyat bukan sengaja menghantar mesej, ia adalah berkaitan dengan hal-hal rakyat. Tolong jangan ulangi perkara ini," jelasnya pada Persidangan ke-4 (Bajet) Penggal Pertama, Dewan Udangan Negeri Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh.

(Sulaiman Md Ali)

 

Media Baharu