fb fb fb fb fb

Fitnah PM lemah dalam isu Palestin berniat jahat - Fahmi Fadzil

Perdana Menteri dengan jelas telah terlibat dalam beberapa siri rundingan di peringkat antabangsa dalam isu Palestin / Foto Fail

PUTRAJAYA, 7 November - Tohmahan serta fitnah beberapa pihak terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Palestin disifatkan sebagai satu niat jahat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata dalam isu tersebut Perdana Menteri dengan jelas telah terlibat dalam beberapa siri rundingan di peringkat antabangsa serta berikhtiar bersungguh-sungguh mencari penyelesaian berlandaskan undang-undang terhadap krisis yang berlaku di Gaza.

"Perdana Menteri juga telah menyanggah beberapa perkara tentang fitnah yang dibuat oleh beberapa pihak terhadap beliau seolah-olah beliau lemah dalam isu Palestin sampai ada satu grafik yang dibuat dibelakang beliau dalam gambar tu ada logo atau bendera Israel.

"Ini bagi saya adalah satu tohmahan yang bersifat berniat jahat," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD),di sini.

Terdahulu, Anwar turut memberi amaran di Dewan Rakyat bahawa beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengaitkannya dengan Israel, mengeluarkan kenyataan biadap dan melanggar tatasusila selain menyeru semua parti dan rakyat agar bersolidariti dalam isu Palestin serta tidak mempermainkan ia sebagai bahan politik.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN