fb fb fb fb fb

Harga getah rendah, FELDA komited bantu peneroka terjejas

TAMPIN, 7 Ogos- Inisiatif bagi memajukan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan dilaksanakan dengan lebih komited jika kerajaan negeri sehaluan dengan kerajaan persekutuan.

Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata FELDA memerlukan sokongan daripada kerajaan namun hak milik tanah FELDA di bawah kuasa kerajaan negeri.

"FELDA dan peneroka tanpa kerajaan dia akan runtuh dan semuanya akan berada dalam keadaan yang bermasalah. Ia akan memperkukuh sokongan kerajaan dan itu tidak dinafikan. FELDA bukannya seperti syarikat perladangan yang hanya melihat untung rugi, ia tidak memikirkan sekolah, jalan dan sebagainya. Jadi FELDA perlu secara menyeluruh dan ia perlukan sokongan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita pada program sepetang bersama pengerusi FELDA di Dewan Semai Bakti FELDA Jelai 3, Tampin.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata beliau akan meneliti pelaksanaan program peneroka dan akan melaksanakannya secara menyeluruh bagi mewujudkan sumber pendapatan baharu buat warga FELDA selain mengusahakan getah dan kelapa sawit.

FELDA terus komited mencari kaedah bagi membantu peneroka yang terjejas akibat harga getah yang rendah di pasaran.

Pihaknya ketika ini sedang merangka pendekatan komprehensif bagi menangani isu berkenaan.


(Tambah Ahmad Shabery, beliau akan meneliti pelaksanaan program peneroka dan akan
melaksanakannya secara menyeluruh bagi mewujudkan sumber pendapatan baharu
buat warga FELDA selain mengusahakan getah dan kelapa sawit.)

Media Baharu