fb fb fb fb fb

FAMA edar lebih 1,300 tan BPT ke seluruh pusat operasi, peruncitnya

(Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli melakukan pembayaran tanpa tunai
selepas melancarkan Go Cashless @ Outlet FAMA di Teluk Intan/BERNAMA)

TELUK INTAN, 13 Oktober- Sebanyak 1,321.6 tan metrik beras putih tempatan (BPT) telah diedarkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke seluruh pusat operasi dan rangkaian peruncitannya. 

Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli berkata edaran berjumlah lebih RM3.3 juta itu melibatkan 120,167 kampit beras 10 kilogram.

Jumlah edaran tersebut, bagaimanapun akan terus meningkat terutama di kawasan pedalaman, bergantung kepada permintaan.


(Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli melancarkan 'Program Go Cashless @ Outlet FAMA di Teluk Intan/BERNAMA)

"Jadi FAMA memang boleh dikatakan 70 hingga 90 peratus berjaya melaksanakan, sebab kita sekadar agensi yang menjadi perantara, dan usaha kita itu tertakluk kepada stok yang ada. Setakat ini, pembekal utama kita pun alhamdulillah, memang pada satu masa itu, ia tidak dapat bagi 100 peratus, tapi secara beransur-ansur ... seperti yang dijadualkan ia berlangsung dengan baik", katanya.

Setiap bulan FAMA menyasarkan edaran 2,000 tan metrik beras putih tempatan.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan 'Program Go Cashless @ Outlet FAMA di Teluk Intan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini mengarahkan FAMA dan LPP meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar termasuk kedai-kedai runcit.

Media Baharu