fb fb fb fb fb

Faisal Halim akan diberi rawatan terbaik - Adam Adli

Adam Adli

KOTA BHARU, 18 Mei- Kerajaan memberi jaminan bahawa pemain bola sepak negara, Faisal Halim akan menerima rawatan terbaik bagi merawat kecederaan yang dialami beliau akibat disimbah cecair asid.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli berkata, pihaknya sentiasa berhubung rapat dengan pihak pengurusan, keluarga dan pasukan perubatan yang sedang merawat penyerang Selangor FC itu dari masa ke semasa bagi mendapatkan perkembangan terkini.
 
Setakat ini, proses pemulihan Faisal, 26, menunjukkan tanda positif, namun mengakui masih terlalu awal untuk menjangkakan beliau dapat pulih sepenuhnya seperti biasa.

"Setiap agensi yang berkeupayaan untuk membantu, contohnya Institut Sukan Negara (ISN) dari sudut fisioterapi dan rehabilitasi, (juga) rakan-rakan strategik lain akan sama-sama bantu untuk pemulihan beliau.

"Kita beri ruang kepada beliau untuk sembuh... setakat sekarang lawatan (ke atas Faisal) amat terhad," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Adam berkata, arahan telah dikeluarkan supaya kawalan keselamatan di semua fasiliti sukan milik Jabatan Belia dan Sukan (JBS) atau Majlis Sukan Negeri (MSN) dipertingkat susulan kejadian serangan itu.

ARTIKEL BERKAITAM
Faisal Halim dipercayai diserang dengan asid
Faisal Halim dipantau di ICU, alami kelecuran tahap empat
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Serangan tidak bermoral babitkan Faisal Halim, Sultan Selangor titah siasatan segera
Fasa rawatan rekonstruktif, proses pemulihan Faisal Halim semakin positif
Kes simbah asid Faisal Halim, Polis siapkan fotofit suspek

SITI AISHAH MD ISA