fb fb fb fb fb

Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga Jaafar Kamin

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Jaafar Kamin, yang meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 9, Kota Damansara, petang tadi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Fahmi menyifatkan pemergian allahyarham sebagai kehilangan sebutir permata di dalam industri penyiaran negara.

"Selaku Ketua Pengarah dari 1988 hingga 1999, allahyarham telah banyak menabur jasa dan bakti demi kemajuan bidang penyiaran tanah air, termasuk memperkukuh peranan media dalam membentuk masyarakat.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah," katanya.

 

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM