fb fb fb fb fb

Enam rumah musnah terbakar

SUNGAI PETANI, 28 November- Enam buah rumah di Jalan Kuala Ketil, berdekatan Pekan Lama Sungai Petani, Kedah musnah dalam kebakaran, malam tadi.
 
Bagaimanapun, insiden tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.13 minit malam.

Beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat, BBP Sungai Petani dan BBP Aman Jaya segera dikerah ke lokasi kejadian.
 
Sejurus tiba, pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan enam buah rumah kelas C.
 
"Pasukan bomba membuat pemadaman menggunakan enam aliran, 10 pancutan melibatkan jentera BBP Sungai Petani dan BBP Aman Jaya serta Pasukan Bomba Sukarela, PBS berdekatan.
 
"Kebakaran berjaya dikawal pukul 10.49 malam," katanya di sini.

(Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran malam tadi di
Jalan Kuala Ketil, berdekatan Pekan Lama Sungai Petani, Kedah)

Hasil pemeriksaan mendapati, lima buah rumah bersaiz 20 X 20 kaki musnah hampir 95 peratus.
 
Manakala sebuah lagi rumah terbakar hampir 30 peratus.
 
Kebakaran turut melibatkan sebuah motorsikal.
 
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Media Baharu