fb fb fb fb fb

Enam cedera ringan kereta Kancil rempuh restoran tom yam

MELAKA, 6 Mei - Kereta jenis Perodua Kancil yang merempuh masuk sebuah restoran tom yam menyebabkan enam pelanggan termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, detik cemas itu berlaku pada pukul 7.15 malam di Jalan Hang Li Po, Bukit Baru di sini, semalam.

Menurutnya, kereta Perodua Kancil yang dipandu warga emas lelaki berusia 66 tahun, tertekan pedal minyak lalu merempuh masuk ke dalam restoran tersebut.

“Siasatan mendapati pemandu tersebut baru selesai makan di restoran itu dan hendak menghidupkan kenderaan yang diletakkan di ruang parkir di hadapan restoran berkenaan.

"Bagaimanapun pemandu tersebut tertekan pedal minyak dan menyebabkan keretanya terus merempuh masuk ke dalam restoran lalu melanggar tembok dinding dan beberapa meja makan batu di dalam restoran tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

(Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika insiden berlaku/FOTO media sosial)

Katanya, enam pelanggan berusia setahun hingga 56 tahun yang berasal dari Melaka, Johor dan Pulau Pinang dirawat di Zon Hijau Hospital Melaka manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ketika kejadian cuaca baik dan terdapat rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) serta saksi bebas yang tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Rule 10LN 166/58," katanya.


Media Baharu