Empat jasad mangsa nahas helikopter ditemukan, identiti belum dikenal pasti

Foto JBPM Sarawak

MIRI, 9 September – Empat jasad mangsa nahas helikopter di Long Lellang, Miri, sudah ditemukan, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti setakat berita ini dikeluarkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang lagi mangsa masih dalam proses pencarian oleh JBPM Sarawak.
  • Identiti mangsa masih belum disahkan.
  • Helikopter terhempas berhampiran Long Lellang ketika operasi Perkhidmatan Doktor Udara petang semalam.
  • Nahas mengorbankan lima individu termasuk juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, seorang lagi mangsa masih dalam proses pencarian.

Helikopter berkenaan terhempas berhampiran Long Lellang, petang semalam ketika dalam penerbangan bagi melaksanakan Perkhidmatan Doktor Udara.

Nahas mengorbankan lima individu termasuk juruterbang dan empat petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.