
KUALA LUMPUR, 9 September – Kesemua lima mangsa nahas helikopter terhempas di Long Lellang, Sarawak telah dikenal pasti.
- Mangsa ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, pegawai perubatan Dr. Ainul Baraah, penolong pegawai perubatan Adit Henry, jururawat Debra Moset dan Jessie Paya Jok.
- Identiti dikenal pasti melalui pengecaman barangan peribadi; pengesahan rasmi akan dibuat melalui ujian sampel DNA.
- Helikopter terhempas ketika cuba mendarat di hujung landasan Long Lellang kira-kira 3.21 petang; semua jasad ditemukan dalam pesawat dan akan dibedah siasat.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata mangsa adalah juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, pegawai perubatan, Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, penolong pegawai perubatan, Alexson Adit Henry, serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya Jok.
Identiti kelima-lima mangsa dikenal pasti melalui pengecaman barangan peribadi yang berada pada jasad mangsa.
“Bagaimanapun, identiti mangsa secara rasmi akan dibuat melalui ujiian sample DNA.
“Kesemua lima mangsa ditemukan di dalam helikopter tersebut.
“Kesemua jasad mangsa akan diterbangkan ke Hospital Miri untuk dibedah siasat dan ujian DNA,” katanya menerusi kenyataan.
Siasatan awal mendapati helikopter tersebut tidak mempunyai kotak hitam dan perakam suara.
Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.
Helikopter terbabit telah beroperasi sejak 35 tahun lepas.
Pada kira-kira pukul 3.21 petang semalam, helikopter berkenaan telah mengalami kemalangan ketika hendak mendarat di Landasan Terbang long Lellang dan terhempas di hujung landasan tersebut.
Tujuan ke Long Lellang adalah untuk bermalam di kawasan itu sebelum meneruskan penerbangan bagi penugasan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Tanjong Durian pada 9 September 2026.