
PUTRAJAYA, 9 September – Jemaah Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) itu yang membawa empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan seorang juruterbang di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.
- Perdana Menteri dan seluruh kabinet membincangkan insiden itu pada mesyuarat mingguan Jemaah Menteri.
- Punca kejadian belum diketahui; siasatan dan pengesahan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
- Lima mangsa telah dikenal pasti, waris dimaklumkan; maklumat bantuan tambahan diminta untuk dikemukakan kepada Menteri Kesihatan.
Jurucakap kerajaan MADANI yang juga Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh anggota kabinet pada mensyuarat mingguan Jemaah Menteri hari ini.
“Yang kita belum tahu ialah bagaimana kejadian itu berlaku. Bagi tujuan pengesahan dan proses siasatan, kita serahkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
“Seperti yang dimaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, lima mangsa tersebut telah dikenal pasti dan waris mereka telah dimaklumkan.
“Saya akan meminta supaya maklumat berkaitan bantuan tambahan dikemukakan kepada Menteri Kesihatan untuk beliau jelaskan. Namun, perkara itu tidak dibentangkan dalam Jemaah Menteri,” katanya dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.