
KANGAR, 25 April – Hasil pelaburan Dana Wakaf Jamalullail (DWJ) yang disumbangkan oleh orang ramai dimanfaatkan bagi program ilmiah dengan membantu pelajar Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).
- DWJ dilancarkan 25 Mei 2023; setakat ini berjaya mengumpul RM1.5 juta.
- Dana dilaburkan dalam instrumen selamat dan patuh syariah seperti Akaun Pelaburan Am dan simpanan tetap Islam.
- Keuntungan disalurkan kepada penerima manfaat: biasiswa, geran penyelidikan, penerbitan, pembelian buku perpustakaan dan keperluan akademik lain.
- Pengurusan dividen dikawal selia jawatankuasa bersama melibatkan UniSIRAJ, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Perlis dan JHEAIP.
Dana Wakaf Jamalullail (DWJ) yang dilancarkan pada 25 Mei 2023 itu setakat ini berjaya mengumpul RM1.5 juta.
Menurut Naib Canselor UniSIRAJ, Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle, dana wakaf berkenaan dilaburkan dalam instrumen pelaburan selamat dan patuh syariah termasuk Akaun Pelaburan Am serta simpanan tetap Islam.
“Hasil keuntungan pelaburan tersebut disalurkan terus kepada penerima manfaat merangkumi biasiswa, geran penyelidikan, penerbitan, pembelian buku perpustakaan serta keperluan akademik lain,” katanya pada Program Perkampungan Sunnah Edisi Ke-11 di Masjid Alwi, Kangar berlangsung selama tiga hari bermula 24 April
Pengurusan dividen DWJ dikawal selia oleh jawatankuasa bersama melibatkan UniSIRAJ, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.