JOHOR BAHRU 22 Jun - Dua tan metrik durian segar diproses menjadi isi durian dan tempoyak setiap hari, di pusat pemprosesan durian bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Tangkak.
Langkah itu bagi mengatasi masalah lambakan durian, terutamanya di utara negeri itu, melibatkan daerah Muar, Tangkak dan Segamat.
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip berkata, 121,898 metrik tan hasil durian dikeluarkan tahun lalu, dengan Tangkak sebagai pengeluar terbanyak. Ia melibatkan 31,255 pengusaha dengan kawasan tanaman seluas 19,171 hektar.
(Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Zahari Sarip )
"Pihak jabatan juga melaksanakan kerjasama dengan pihak syarikat peneraju dalam aktiviti pemprosesan durian, bagi membangunkan produk-produk
hiliran berasaskan durian dan ini seterusnya secara langsung akan membantu pengusahapengusaha kecil dan sederhana dalam memasarkan hasil pengeluaran
durian mereka," katanya semasa Sidang Dewan Negeri Johor ke-15 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri di sini.
Pengeluaran durian disasar meningkat kepada 141,862 metrik tan pada 2027, dan untuk mencapai sasaran, Jabatan Pertanian sudah mengeluarkan 5,000 anak benih durian bernilai tinggi sejak 2016.
Sementara RM6.34 juta diperuntukkan bagi pembangunan tanaman khusus untuk durian sejak 2018, dan tahun ini, RM2.17 juta diperuntuk, bagi pembangunan industri tanaman durian kepada 233 pengusaha, dengan sasaran keluasan tanaman 504.9 hektar.