fb fb fb fb fb

Dua produk Tati Skincare dikesan mengandungi racun berjadual

(FOTO KKM)

KUALA LUMPUR, 15 September- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan produk kosmetik yang didapati mengadungi racun berjadual boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan media, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia membatalkan notifikasi produk-produk kosmetik terlibat dan tidak dibenarkan dijual di Malaysia.

Dua produk itu ialah Beauty Treatment Cream mengandungi Hydroquin, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate dan Beauty Nite Cream pula ada Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate.

"Produk yang mengandungi bahan kimia tersebut perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

"Orang Awam turut digesa untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik tersebut,"katanya.

Jelas Datuk Dr. Muhammad Radzi, penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan dan perubahan warna kulit yang tidak diingini.


(FOTO KKM)

Media Baharu