KUALA PERLIS , 7 Januari – Dua buah rumah kediaman musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi di Kampung Padang Jamil di sini.
- Dua rumah kediaman di Kampung Padang Jamil musnah dalam kebakaran awal pagi.
- Panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 5.07 pagi dan pasukan bomba segera dikerahkan.
- Kebakaran dikawal sekitar 5.21 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.49 pagi.
- Tiada mangsa dilaporkan; pihak forensik sedang mengumpul bukti untuk kenal pasti punca.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, panggilan kecemasan mengenai kebakaran diterima kira-kira pukul 5.07 pagi.
“Sebuah jentera dan kenderaan utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Abdul Rahim Yusof bersama 10 anggota bergegas ke lokasi kebakaran,” menurut kenyataan itu.
Kebakaran berjaya dikawal kira-kira 5.21 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.49 pagi. Ketika kebakaran berlaku, tiada mangsa terlibat dan pihak forensik sedang mengumpulkan bukti bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.