Datuk Seri Dr Wan Azizah rai isteri PM Thailand di Tasik Putrajaya

Foto RTM

PUTRAJAYA, 9 Julai – Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini meraikan isteri Perdana Menteri Thailand, PYT Thananon Niramit, menerusi sesi pelayaran di Cruise Tasik Putrajaya bersempena dengan kunjungan hormat dua hari Perdana Menteri Thailand, TYT Anutin Charnvirakul ke Malaysia yang bermula hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rombongan diiringi Hannah Yeoh, Datin Seri Raja Salbiah dan delegasi dari Malaysia serta Thailand.
  • Rombongan menaiki Cruise Sebarau, menikmati santapan, pemandangan Putrajaya dan bergambar berlatar Masjid Tunku Mizan serta Masjid Putra.
  • Lawatan rasmi dua hari bertujuan memperkukuh kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, keselamatan, pertanian, pelancongan, pendidikan dan pertukaran MoU.

Turut mengiringi pelayaran tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, isteri Menteri Luar Negeri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin serta delegasi dari Malaysia dan Thailand.

Rombongan itu menaiki Cruise Sebarau sambil menikmati santapan serta pemandangan sekitar Putrajaya dan mendengar penerangan mengenai mercu tanda utama di pusat pentadbiran negara itu disamping turut meluangkan masa bergambar berlatar belakang Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra sebagai kenangan pelayaran ini.

Selepas program berkenaan, delegasi dijadual menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Kunjungan rasmi selama dua hari Perdana Menteri Thailand ke Malaysia bertujuan memperkukuh hubungan dua hala menerusi perbincangan dalam pelbagai bidang strategik, termasuk perdagangan, pelaburan, keselamatan, kesalinghubungan sempadan, pertanian, pelancongan, pendidikan serta hubungan antara rakyat.

Sepanjang lawatan itu, kedua-dua pemimpin turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dan mesyuarat delegasi, selain menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) serta mengadakan sidang media bersama sebagai usaha memperkukuh lagi kerjasama Malaysia-Thailand dalam pelbagai sektor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.