Datuk Fahmi ucap Selamat Hari Wesak kepada penganut Buddha

FOTO FB FAHMI FADZIL

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Berharap sambutan Wesak membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada yang meraikannya.
  • Menekankan nilai kasih sayang, kebijaksanaan dan ihsan perlu disemai untuk memelihara keharmonian negara yang berbilang kaum.
  • Menggesa rakyat hidup saling menghormati, berbuat baik dan memperkukuh semangat kebersamaan serta perpaduan dalam masyarakat.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berharap sambutan tersebut membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua yang meraikannya.

“Dalam kepelbagaian yang kita raikan bersama sebagai sebuah negara, nilai kasih sayang, kebijaksanaan dan ihsan perlu terus disemai agar keharmonian yang telah kita bina sekian lama sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat agar saling mengingatkan mengenai kepentingan hidup dengan rasa hormat, berbuat baik sesama manusia serta memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.