Dakwaan Hospital Taiping tiada doktor pelatih tidak tepat – Sivanesan

Datuk A.Sivanesan/Foto BERNAMA

IPOH, 9 Sept – Dakwaan bahawa Hospital Taiping tidak mempunya doktor pelatih adalah tidak tepat kerana pegawai perubatan siswazah sememangnya ditempatkan di hospital berkenaan mengikut keperluan enam jabatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hospital Taiping kini mempunyai 219 pegawai perubatan, termasuk 20 yang telah menamatkan latihan siswazah.
  • Pengagihan: 137 pegawai tetap dan 62 pegawai kontrak.
  • Keperluan optimum dianggarkan 273 pegawai perubatan berdasarkan pengurusan pesakit, rujukan kluster Perak utara dan kemasukan pesakit akut.
  • Laporan isu kesihatan perlu berasaskan fakta dan pengesahan hospital untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A.Sivanesan berkata, hospital itu kini mempunyai 219 pegawai perubatan termasuk 20 pegawai yang telah menamatkan latihan siswazah.

Jumlah itu terdiri daripada 137 pegawai perubatan tetap, 62 pegawai kontrak dan 20 pegawai yang telah menamatkan latihan siswazah.

“Berdasarkan keperluan operasi semasa yang merangkumi pengurusan pesakit, penerimaan kes rujukan daripada hospital dalam kluster Perak utara serta pengurusan kemasukan pesakit akut, keperluan optimum pegawai perubatan di hospital Taiping dianggarkan seramai 273 orang,” katanya dalam sidang media di sini.

Jelas beliau, laporan berkaitan isu kesihatan perlu dibuat berdasarkan fakta tepat dan pengesahan pihak hospital bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat.

Sebelum ini, laporan yang tular di media sosial mendakwa Hospital Taiping berdepan kekurangan doktor pelatih serta beban tugas pegawai perubatan susulan peluasan sistem kluster hospital.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.