Fadillah kembali sertai Mesyuarat Kabinet selepas pembedahan pintasan jantung

Datuk Seri Fadillah Yusof (dua dari kanan)

PUTRAJAYA, 9 September – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini kembali menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung dan berehat sepanjang tempoh cuti sakit.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri atas doa, keprihatinan dan sokongan moral.
  • Berasa syukur dan gembira serta menghargai kebersamaan rakan Kabinet dalam meneruskan pentadbiran kerajaan.
  • Selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada 12 Ogos; dimasukkan 28 Julai dan menjalani angiogram keesokan hari.

Beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta seluruh rakan Jemaah Menteri atas doa, keprihatinan dan sokongan moral yang berterusan sepanjang beliau menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya berasa syukur dan gembira dapat kembali bersama-sama rakan Kabinet dalam mesyuarat mingguan bagi meneruskan kebersamaan dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

Datuk Seri Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN pada 12 Ogos lepas selepas dimasukkan ke institut berkenaan pada 28 Julai lepas dan menjalani angiogram koronari pada keesokannya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.