fb fb fb fb fb

Pelaksanaan cuti bersalin 98 hari di Sabah dan Sarawak masih dipertimbang

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Penambahan cuti bersalin dari 60 hari ke 98 hari, hanya melibatkan pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia dan Labuan sahaja.

Ia berkuat kuasa mulai 1 Januari lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud, menjelaskan bagi Sabah dan Sarawak pula, perkara berkenaan masih dalam pertimbangan.

"Peruntukan sama dijangka turut diwajibkan bawah Ordianan Buruh Sabah Bab 67 dan Ordinan Buruh Sarawak Bab 76 dalam masa terdekat selepas kedua-duanya dipinda selaras dengan Akta Kerja 1955.

"Pada masa ini, Ordianan Buruh Sabah Bab 67 telah pun diluluskan dan sedang dalam semakan Jabatan Peguam Negara manakala Ordinan Buruh Sarawak Bab 76 pula akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kerja Negeri Sarawak terlebih dahulu sebelum dikemukan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan sewajarnya,"katanya.

Dalam pada itu, bagi majikan yang ingkar, boleh dikenakan tindakan kompauan atau denda tidak melebihi RM50,000.

Sejak dikuatkuasakan, 14 aduan telah diterima termasuk tiga aduan melibatkan cuti paterniti.


(Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud)

Media Baharu