fb fb fb fb fb

Cuaca buruk: MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir libatkan lima negeri

Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 27 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri sehingga pukul 11 pagi hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 7.55 pagi, MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda beberapa kawasan di Pahang, meliputi Bentong dan Temerloh, serta Negeri Sembilan yang melibatkan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Amaran yang sama turut dikeluarkan bagi seluruh negeri Melaka, selain Johor yang melibatkan kawasan Tangkak dan Muar,” menurut MetMalaysia.

Selain itu, keadaan cuaca berkenaan turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, iaitu Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Bukit Mabong) serta Bintulu.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN