fb fb fb fb fb

Cadangan pinda atau gubal akta baharu tangani buli siber dibawa ke Kabinet

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Penggubalan akta baharu atau pindaan undang-undang sedia ada akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet esok oleh Kementerian Komunikasi bagi menangani gejala buli siber.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ia antara usaha menjadikan platform media sosial lebih selamat.

“Kita akan maklumkan kepada mesyurat jemaah Menteri esok tentang langkah perundangan yang boleh diambil sekarang, sama ada dengan menggubal satu akta yang baharu ataupun meminda akta sedia ada.

“Sidang Parlimen ada lebih kurang seminggu lagi, jadi kita ada masa sekiranya Kabinet merasakan ada keperluan (bentang rang undang-undang) untuk kita bertindak segera,”katanya.

Selain itu, katanya pihak kementerian juga akan melakukan penyelarasan semula urusan pentadbiran antara pegawai-pegawai penyiasat di MCMC dan PDRM dalam beberapa perkara berkaitan hal berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE