Cadangan mansuh AUKU dibawa ke kabinet minggu depan

Foto BERNAMA

AYER KEROH, 15 Ogos — Cadangan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dibawa ke mesyuarat kabinet Rabu depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengumuman pemansuhan AUKU dibuat semasa ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.
  • Langkah bertujuan memberi ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk menikmati kebebasan dan demokrasi dalam kehidupan kampus.
  • Mahasiswa merasakan perlu lebih bebas; beberapa pindaan telah dibuat dan ada yang mengemukakan memo tidak puas hati.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan memberi ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk menikmati kebebasan dan demokrasi dalam kehidupan kampus.

“Anak-anak mahasiswa merasakan mereka harus lebih bebas. Kita dah bebaskan dengan beberapa pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

“Ada yang tidak puas hati, mereka mengemukakan memo, maka pada hari ini saya nak umumkan, kita akan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Cadangan pemansuhan AUKU itu dilihat sebagai langkah lanjut kerajaan dalam memperluas ruang kebebasan serta demokrasi kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.