fb fb fb fb fb

Blueprint M-WEZ kerangka utama sebelum pembangunan projek di Melaka

AYER KEROH, 11 April - Penyediaan laporan Blueprint Zon Pembangunan Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) adalah sebagai kerangka utama sebelum pembangunan projek selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, laporan blueprint itu akan mula diguna pakai oleh kerajaan negeri bagi tujuan rujukan utama projek-projek berkaitan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) di masa depan.

Katanya, pihak kerajaan negeri sedang merancang strategi mempromosi M-WEZ sebagai pemangkin ekonomi negeri.

Perbadanan M-WEZ akan mula beroperasi pada 15 April.

(Datuk Seri Sulaiman Md Ali ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri)

"Ini maknanya blueprint ini menjadi rujukan ataupun sebarang bentuk pembangunan yang terdapat senarai MWEZ itu mesti diterima pakai sekalian dengan apa sahaja pembangunan yang terdapat dalam pembangunan MWEZ. Jadi MWEZ, kalau ada perkara yang hendak dibangunkan dalam itu, tidak masuk lagi dalam peringkat Jawatankuasa Teknikal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agensi, katanya selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Seri Negeri, di sini hari ini.

"Jadi kita telah mempunyai blueprint ini, ia mesti selaras maknanya semua telah dimasukkan atau mudah telah diwartakan dalam semua bentuk pembangunan, katanya.

Pada 22 September 2021, sidang dewan Undangan Negeri Melaka telah meluluskan penubuhan Perbadanan M-WEZ (M-WEZ Corporation), melalui Enakmen Perbadanan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka 2021.

Media Baharu