fb fb fb fb fb

Besut rekod suhu tertinggi di Terengganu

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU, 3 April- Setakat semalam Besut merupakan daerah paling panas direkodkan di Terengganu iaitu pada suhu 37.3 darjah Celcius.

Stesen Pencerapan Automatik di Felda Tenang Besut merekodkan suhu itu dan ia adalah tertinggi pernah direkodkan tahun ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia MET Terengganu Rosli Zakaria ketika dihubungi berkata, satu lagi stesen yang merekodkan suhu yang melebihi 37 darjah celcius ialah Felda Belara di Kuala Terengganu.

"Saya menjangkakan suhu akan kekal tinggi dalam tempoh sepanjang minggu ini berikutan cuaca kering," katanya.

Bagaimanapun orang ramai diingatkan supaya tidak terdedah dengan cahaya matahari secara terus terutama pada waktu tengahari sehingga awal petang serta minum air secukupnya selepas waktu berbuka.

Ia bagi mengelakkan daripada mengalami kelesuan haba dan strok haba.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI