SHAH ALAM, 12 Februari- Negara anggota ASEAN perlu mengambil peluang dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) seperti Deep Seek untuk kekal berdaya saing di peringkat global.
Menurut Timbalan Menteri Luar Indonesia, Arif Havas Oegroseno, ini kerana persaingan teknologi kini turut melibatkan ekonomi dan penguasaan data.
"Saya baru bercakap mengenai kemungkinan membangunkan kerjasama ekonomi digital yang boleh Indonesia dan Malaysia ketengahkan pada masa hadapan. Ideanya pengaturcaraan muda Indonesia-Malaysia boleh cuba bangunkan perkara ini. Jika China boleh lakukan, kita pun sama kerana sumber terbuka dan tidak mencuri teknologi sesiapa", katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas syarahan di Forum “Muafakat Indonesia-Malaysia: Memajukan Pertumbuhan Ekonomi dan Kestabilan Keselamatan dalam Era Digital ASEAN” di Shah Alam.