fb fb fb fb fb

Bentuk jemaah Kabinet bebas rasuah, pecah amanah - Hassan

JOHOR BAHRU, 28 November- Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk jemaah Kabinet yang bebas daripada rasuah dan pecah amanah.

Menerusi kenyataannya, Hassan bercadang Ahli Parlimen Tambun itu tidak melantik ahli Parlimen yang mempunyai kes mahkamah pertuduhan rasuah dan pecah amanah dalam Kerajaan Perpaduan.

Kriteria tersebut perlu dipraktikkan secara adil kepada semua ahli Parlimen tidak mengira Pakatan Harapan (PH), mahupun parti–parti gabungan politik lain.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim

Beliau juga menyeru Perdana Menteri mengotakan janji PH dalam menghapuskan rasuah.

Media Baharu