fb fb fb fb fb

Belia Melaka sambut baik peluang pekerjaan baharu dalam RMK13

FOTO HIASAN / BERNAMA

MELAKA, 2 Ogos – Golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Melaka menyambut baik hasrat kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan ekonomi digital menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka menyifatkan inisiatif tersebut sebagai peluang keemasan untuk belia, namun pada masa sama mencabar kerana memerlukan daya saing yang tinggi serta persediaan kemahiran yang relevan dengan kehendak industri.

Sehubungan itu, mereka berpandangan institusi pendidikan perlu lebih fleksibel dan menyesuaikan kurikulum supaya seiring dengan keperluan pasaran pekerjaan semasa.

“Kami yakin dengan sokongan kerajaan dan usaha berterusan, belia Malaysia dapat menjadi tenaga kerja yang kompeten dan memacu kemajuan negara menjelang 2030,” kata seorang pelajar, Nazimah Mod Raja Khairul Hisyam.

0208 MLK REAX RMK13 PELUANG PEKERJAAN12Pelajar, Nazimah Mod Raja Khairul Hisyam

Seorang lagi pelajar, K. Sasmithaa berpendapat pendidikan berasaskan TVET perlu diperkukuh bagi memenuhi keperluan tenaga kerja masa depan yang semakin berorientasikan teknologi dan digital.

Sementara itu, Nursyahirah Shaharol berharap kerajaan dapat memastikan graduan TVET menerima gaji setara dengan kemahiran dimiliki selain bimbingan berterusan daripada pihak universiti bagi menyediakan graduan yang benar-benar relevan dengan industri.

0208 MLK REAX RMK13 PELUANG PEKERJAAN1234Pelajar, K. Sasmithaa

 

0208 MLK REAX RMK13 PELUANG PEKERJAAN1232345Pelajar, Nursyahirah Shaharol

Nurina Qistina Mohd Johannas pula menyeru pelajar dan golongan B40 memanfaatkan peluang yang ditawarkan kerana sektor pembuatan dan digital mempunyai potensi besar dalam jangka panjang.

Dalam tempoh RMK13, kerajaan menyasarkan pewujudan 700,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan 500,000 lagi dalam bidang ekonomi digital.

0208 MLK REAX RMK13 PELUANG PEKERJAAN19766Pelajar, Nurina Qistina Mohd Johannas

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE