
KUALA LUMPUR, 9 Oktober – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melabur RM15 bilion bertujuan memperkukuh Grid Nasional bagi menjamin kelangsungan permintaan elektrik negara.
RINGKASAN BERITA AI
- UEM Lestra melabur RM1 bilion untuk projek penyimpanan tenaga di KLIA dan projek tenaga hibrid 1 GW di Johor.
- Dana Iklim KWAP RM1 bilion dimanfaatkan untuk projek hijau seperti tenaga boleh baharu dan penyahkarbonan.
- Melalui NUR MADANI rebat sehingga RM200 diberi kepada pembeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, UEM Lestra pula melabur RM1 bilion termasuk bagi melaksanakan projek penyimpanan tenaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta projek tenaga hibrid berkapasiti 1 gigawatt di Johor.
“Dana Iklim Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) sebanyak RM1 bilion dimanfaat untuk projek hijau seperti tenaga boleh baharu dan penyahkarbonan.
“Menerusi NUR MADANI pula rebat sehingga RM200 diberi kepada pembeli penyaman udara serta peti sejuk cekap tenaga,”katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.