
KUCHING, 24 Ogos – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mencadangkan peruntukan kebajikan RM4 bilion dalam Belanjawan 2027.
- Cadangan menyokong inisiatif baharu kementerian bagi membangunkan sektor penjagaan negara.
- Peruntukan lebih besar membolehkan melahirkan lebih ramai penjaga profesional untuk warga emas, OKU dan kanak-kanak.
- Cadangan turut termasuk usaha memperkasakan serta memperkukuh sektor penjagaan.
- Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, cadangan berkenaan bertujuan menyokong inisiatif baharu kementerian dalam membangunkan sektor penjagaan negara.
“Peruntukan yang lebih besar membolehkan KPWKM mencapai sasaran melahirkan lebih ramai penjaga profesional yang merangkumi pengurusan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) serta kanak-kanak.
“Cadangan peruntukan itu juga termasuk memperkasa sektor penjagaan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Inisiatif Sektor Penjagaan dan Kempen Penjagaan di sini, pagi tadi.
Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober depan.