
TAIPING, 19 November – Proses bedah siasat pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang meninggal dunia semalam, selesai kira-kira pukul 1.10 tengah hari tadi di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping.
RINGKASAN BERITA AI
- Proses bedah siasat bermula pukul 10 pagi dan dihadiri ahli keluarga serta saudara mara dalam suasana hiba.
- Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak Datuk Zulkafli Mohamed Mokhtar hadir memberi penghormatan terakhir.
- Van yang membawa jenazah meninggalkan pekarangan hospital kira-kira pukul 3.25 petang.
- Jenazah akan dibawa pulang ke Negeri Sembilan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Juasseh.
Terdahulu, proses bedah siasat yang bermula pada pukul 10 pagi dihadiri ahli keluarga serta saudara mara dalam suasana hiba.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Datuk Zulkafli Mohamed Mokhtar.
Van yang membawa jenazah Allahyarham kemudian meninggalkan pekarangan hospital kira-kira pukul 3.25 petang.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Negeri Sembilan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Juasseh.