fb fb fb fb fb

Banjir Sabah: Wanita hilang dihanyutkan arus deras ditemukan maut

FOTO POLIS PENAMPANG

KOTA KINABALU, 1 Julai- Seorang wanita berusia dalam lingkungan 37 tahun menjadi mangsa pertama bencana banjir di Penampang yang berlaku sejak semalam.

Mangsa, Monica Ting Siew Kwong yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir di Jalan Penampang Bypass berhampiran Bulatan Sigah Pekan Donggongon.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, mayat mangsa ditemui oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) di celah pagar dan bunga di Kampung Hungab, kira-kira 500 meter dari lokasi dihanyutkan.

"Kita percayai mangsa melintasi kawasan berair deras kerana pada ketika itu kemuncak air tengah pasang,"katanya.

Beliau ditemui media di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Pusat Kebudayaan Penampang.

Beliau menasihatkan agar mematihi arahan-arayan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berwajib sepanjang bencana banjir bagi mengelak sebarang kejdian tidak diingini berlaku.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE