fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Johor meningkat kepada 3,471 orang

Banjir di negeri Johor

KOTA TINGGI, 12 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 3,471 orang berbanding 2,524 orang malam tadi. Mereka kini berlindung di 36 PPS melibatkan lima daerah.

Sebanyak dua PPS baharu dibuka pagi tadi.

Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Kota Tinggi merekodkan paling ramai penduduk terjejas iaitu seramai 1,158 orang di 13 PPS.

Manakala di Kulai 748 penduduk dan Johor Baharu (605), masing-masing di 5 PPS.

Sementara itu, di Kluang merekodkan seramai 526 penduduk terjejas di 5 PPS dan Pontian (436) di 8 PPS.

ROSLINA BINTI DIN