Banjir kilat jejas penduduk di Tawau

Foto RTM

TAWAU, 25 Julai – Banjir kilat melanda Kampung Tanjung Batu Keramat serta beberapa kampung lain di sini sejak awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM sedang giat memindahkan penduduk terjejas, menurut Komander Operasi Mohd Yahya Abd Pata.
  • Banjir kilat dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3 pagi.
  • JKM Tawau memaklumkan penduduk dipindahkan secara berfasa ke Kompleks Sukan Tawau.
  • Pusat Pemindahan Sementara akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tawau, Mohd Yahya Abd Pata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi memindahkan penduduk yang terjejas.

“Banjir kilat berlaku kira-kira pukul 3 pagi tadi,” jelas beliau.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Tawau ketika dihubungi RTM memaklumkan penduduk yang terlibat banjir dipindahkan di Kompleks Sukan Tawau secara berfasa.

“Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.