fb fb fb fb fb

Banjir: 150 penduduk dipindahkan ke sebuah PPS di Pontian

Laporan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN)

PONTIAN, 4 Oktober - 150 penduduk daripada 43 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian, setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, lima buah kampung terjejas akibat banjir iaitu Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Pak Kalib, Kampung Seri Menanti dan Kampung Maju Jaya.

Berdasarkan laporan awal, hujan lebat berterusan dan penurunan air dari Gunung Pulai, mengakibatkan beberapa rumah dinaiki air.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor terus melakukan pemantauan di lokasi berisiko.

Cuaca di kawasan yang terjejas setakat ini, cerah.

 

EMMI NORALIZA ADNAN