
GUA MUSANG, 4 November- Seramai 12 penduduk termasuk seorang kanak-kanak lelaki berjaya dipindahkan ke kawasan selamat selepas terperangkap dalam banjir di Kampung Kuala Nerus, Batu 2, di sini awal pagi tadi.
- Enam anggota bomba, sebuah pacuan empat roda dan sebuah bot digerakkan ke lokasi kira-kira tujuh kilometer dari balai.
- Panggilan kecemasan diterima pada 5.25 pagi, operasi pemindahan dikawal pada 6.51 pagi dan tamat pada 10.46 pagi.
- Lima anggota Polis Diraja Malaysia membantu operasi, manakala JKM lapor 22 penduduk dari lima keluarga berlindung di PPS Kampung Batu 5.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azrul Izham Zulkifli berkata berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.25 pagi.
Beliau berkata, seramai enam anggota bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah bot digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.
Operasi pemindahan berjaya dikawal pada 6.51 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 10.46 pagi.
Operasi itu turut dibantu lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan urusan pemindahan penduduk terjejas.
Sementara itu, Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan seramai 22 penduduk daripada lima keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Batu 5, Gua Musang setakat 2.00 petang.