fb fb fb fb fb

ATM akan beri kerjasama penuh siasatan kematian PALAPES UTM

Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin

KUALA LUMPUR, 27 Ogos - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang memutuskan pelaksanaan semula proses bedah siasat ke atas Allahyarham Pegawai Kadet Syamsul Haris Shamsudin, daripada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan ATM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan berjalan lancar dan keadilan ditegakkan kepada allahyarham.

"Kementerian Pertahanan akan terus memantau perkembangan kes berkenaan serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk menyempurnakan siasatan mengikut prinsip undang-undang yang berkuat kuasa," katanya menerusi kenyataan.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lepas di Hospital Kota Tinggi, Johor, ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor, dan dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu di Selangor.

BERITA BERKAITAN: 

 

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM